Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet
Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet
Homepage   /    sports   /    Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet

Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet

Nas 🕒︎ 2025-10-29

Copyright ecentral

Sukan SEA 2025 [LIVE]: Jadual Acara, Senarai Sukan, Atlet

Sukan SEA 2025 (SEA GAMES Thailand 2025) adalah temasya sukan dwi-tahunan terbesar di Asia Tenggara yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025. Layari portal rasmi www.seagames2025.org/ untuk jadual lengkap acara, senarai sukan dan info terkini. Edisi kali ini merupakan penganjuran ke-33 bagi temasya sukan terbesa di Asia Tenggara yang dianjurkan setiap 2 tahun ini. Thailand dipilih sebagai tuan rumah dengan tiga lokasi utama penganjuran, iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla. Lebih 12,500 atlet dari seluruh Asia Tenggara bakal berentap dalam 50 jenis sukan yang merangkumi 574 acara pingat, menjadikan edisi 2025 antara yang terbesar dalam sejarah penganjurannya. Seperti sebelum ini, Malaysia dijangka akan menurunkan skuad terbaik dalam acara-acara utama di samping memberi peluang kepada atlet pelapis yang berpotensi untuk mencipta kejutan serta mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Rujuk info lebih lanjut mengenai Sukan SEA 2025 atau SEA GAMES Thailand 2025 di bawah. BACA JUGA: Piala Tun Ali 2025 [LIVE] Jadual Perlawanan, Pasukan, Pemain Pengenalan – Sukan SEA 2025 Sukan SEA 2025 atau juga dikenali sebagai Kejohanan Sukan Asia Tenggara ke-33 adalah acara sukan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dianjurkan setiap dua tahun sekali di bawah kelolaan Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF). Tahun ini, Sukan SEA 2025 juga akan dikenali sebagai “SEA Games Thailand 2025” kerana kejohanan ini bakal diadakan di Thailand bermula dari 9 hingga 20 Disember 2025 dengan tiga lokasi utama sebagai tuan rumah, iaitu wilayah Bangkok, Chonburi, dan Songkhla. Ini akan menjadi Sukan SEA ketujuh di Thailand, yang kelima untuk Bangkok (sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan SEAP 1959, Sukan SEAP 1967, Sukan SEAP 1975 dan Sukan SEA 1985), dan yang pertama dihoskan di Chonburi dan Songkhla sebagai tuan rumah utama. Sukan SEA 2025 menampilkan kira-kira 12,500 atlet dari 11 negara anggota ASEAN yang akan bertanding dalam 574 acara pingat merangkumi 50 jenis sukan berbeza. Tema rasmi temasya ini ialah “Ever Forward” yang melambangkan semangat maju ke hadapan tanpa henti. Pemilihan tiga kawasan tuan rumah ini membolehkan pembahagian acara sukan seperti acara air di Chonburi dan sukan bola sepak serta sepak takraw di Songkhla, selain acara-acara utama di Bangkok dan kawasan sekitarnya. Tarikh & Lokasi Sukan SEA 2025 Tarikh: 9 hingga 20 Disember 2025 Lokasi utama: Bangkok, Chonburi, dan Songkhla, Thailand Stadium upacara pembukaan & penutupan: Rajamangala National Stadium di Bangkok dengan acara lampu obor di Sanam Luang, Bangkok. Logo & Maskot SEA GAMES Thailand 2025 Logo dan maskot rasmi Sukan SEA Thailand 2025 telah pun dilancarkan sebagai sebahagian daripada persiapan untuk Kejohanan Sukan Asia Tenggara ke-33 yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla. Berikut ialah maksud disebalik logo dan maskot rasmi Sukan SEA 2025: Logo rasmi Sukan SEA idireka oleh Thiranop Wangsillapakun dari TNOP Design. Konsep logo ialah “Play by the rules” yang melambangkan prinsip disiplin dan permainan adil dalam sukan, serta kreativiti dan inovasi yang berkembang dalam batasan tertentu. Logo ini menggabungkan corak lapangan sukan dengan motif tradisional Thai seperti corak bumbung berteras tiga yang menyerupai obor berapi, menggambarkan hubungan antara sukan, budaya, dan identiti nasional Thailand. Maskot rasmi dinamakan “The Sans,” terdiri daripada lima watak dengan warna hijau, biru, merah, kuning, dan merah jambu, yang mewakili kepelbagaian masyarakat Thai. Rekabentuk maskot menggunakan corak geometri yang diilhami dari motif tradisional Thai, menggabungkan unsur moden dan identiti budaya Thai. Maskot ini melambangkan perayaan, kreativiti, hubungan budaya, dan promosi kepelbagaian melalui sukan dan masyarakat. Pada 7 Oktober 2025, versi baru maskot “The Sans” didedahkan, menampilkan hanya satu maskot utama yang mewakili semangat kebanggaan negara dengan warna bendera Thailand, iaitu merah, putih, dan biru. Walaupun begitu, versi asal lima maskot masih digunakan dalam barangan cenderamata dan bahan promosi. Sebelum ini, maskot awal dikenali sebagai “Mawin,” seekor makhluk mitos dari legenda Thailand yang mempunyai ciri-ciri gajah dan ikan, tetapi reka bentuk ini telah digantikan demi penampilan yang lebih mudah dikenali dan menonjolkan identiti kebangsaan Thailand secara jelas.​ Senarai Sukan/Acara Sukan SEA 2O25 Terdapat lebih 50 jenis sukan dengan pelbagai disiplin Olimpik, sukan tradisional Asia Tenggara, serta acara baharu seperti Teqball yang bakal menjadi tumpuan temasya Sukan SEA 2025 tahun ini. Berikut adalah senarai rasmi sukan dan acara yang bakal dipertandingkan dalam Sukan SEA 2025: Rujuk senarai penuh sukan dan acara diadakan beserta informasi terperinci termasuk peraturan, kategori dll di pautan berikut: https://www.seagames2025.org/sports Lokasi Mengikut Sukan Sukan SEA 2025 diadakan di tiga lokasi utama Thailand iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla. Setiap lokasi memfokuskan beberapa sukan tertentu bergantung kepada kemudahan, fasiliti dan tradisi sukan di kawasan tersebut: Bangkok sebagai ibu kota utama akan menjadi venue untuk kebanyakan acara utama dan berprestij seperti: Upacara pembukaan dan penutupan di Rajamangala National Stadium Baseball & Softball Flying Discs Ice Skating Mixed Martial Arts Sepak Takraw Table Tennis Football and Futsal Rujuk pautan berikut untuk info lebih terperinci: https://www.seagames2025.org/thegames/bangkok Chonburi pula menjadi tuan rumah kepada sukan air dan beberapa acara luar, antaranya: Billiards & Snooker Modern Pentathlon Weightlifting Football and Futsal Rujuk pautan berikut untuk info lebih terperinci: https://www.seagames2025.org/thegames/chonburi Songkhla yang terletak di selatan Thailand terkenal dengan fasiliti sukan moden dan pantai, akan menganjurkan: Pencak Silat Football and Futsal Pembahagian ini memberi peluang kepada ketiga-tiga kawasan tersebut untuk menonjolkan keunikan tersendiri, memanfaatkan fasiliti sedia ada dan mengedar limpahan ekonomi sukan ke beberapa kawasan luar ibu kota. Rujuk pautan berikut untuk info lebih terperinci: https://www.seagames2025.org/thegames/songkhla Piktogram Setiap Sukan Piktogram (pictograms) Sukan SEA 2025 direka sebagai simbol universal yang mudah difahami tanpa perlu diterangkan panjang lebar. Berikut ialah antara piktogram bagi setiap sukan yang dipertandingkan: Reka bentuk piktogram ini mengambil inspirasi dari konsep “The Weave” yang berasal dari budaya dan seni tradisional Thailand. Corak dan garis piktogram menggabungkan elemen warisan Thailand dengan gaya moden untuk menggambarkan setiap sukan yang dipertandingkan. Tentatif Sukan SEA 2O25 Berikut dikongsikan juga tentatif Sukan SEA 2025 (SEA GAMES THAILAND 2025) untuk rujukan: Anda juga boleh muat turun tentatif Sukan SEA 2025 dalam bentuk PDF di bawah: Tarikh-tarikh Penting Sukan SEA 2025 Tarikh-tarikh penting bagi Sukan SEA 2025 adalah seperti berikut: Tarikh rasmi temasya: 9 hingga 20 Disember 2025 Upacara pembukaan akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 9 Disember 2025 Pertandingan sukan akan berlangsung selama 12 hari di tiga lokasi utama: Bangkok, Chonburi, dan Songkhla Upacara penutupan dijadualkan pada 20 Disember 2025 di Bangkok Temasya ini akan menyaksikan atlet dari 11 negara ASEAN bertanding dalam lebih 50 jenis sukan dan sekitar 574 acara pingat pada tempoh tersebut. Setiap lokasi menempatkan sukan tertentu berdasarkan fasiliti dan kapasiti masing-masing dengan Bangkok menjadi pusat utama bagi acara sukan popular dan upacara rasmi.​ Maklumat Lanjut Dapatkan info terkini dan makumat lanjut mengenai Sukan SEA 2025 melalui: Portal Rasmi SEA GAMES Thailand 2025: https://www.seagames2025.org/ Facebook SEA GAMES Thailand 2025: https://www.facebook.com/33rdSeagamesthailand2025/ Soalan Lazim Sukan SEA 2025

Guess You Like

Shaquille O'Neal Proud Of Allen Iverson For Sobriety
Shaquille O'Neal Proud Of Allen Iverson For Sobriety
TMZSports.com Shaquille O'Neal...
2025-10-21
World Series Matchup
World Series Matchup
For nearly four decades, Don M...
2025-10-21
Arkansas’ John Calipari emotional in return to Memphis
Arkansas’ John Calipari emotional in return to Memphis
MEMPHIS -- Waved on by Univers...
2025-10-29